Pusaka

Kami menawarkan perkhidmatan Guaman Pusaka yang menyeluruh bagi setiap keperluan pelanggan. Antara contoh perkhidmatan kami adalah seperti berikut:

1.  Bicara Kuasa Mentadbir

Apabila seseorang individu meninggal dunia, ahli waris atau pihak berkepentingan terhadap harta si mati boleh membuat permohonan kuasa mentadbir untuk menjadi Pentadbir yang sah disisi undang-undang bagi menguruskan harta pusaka peninggalan si mati. Permohonan ini boleh dibuat sama ada di Amanah Raya Berhad (ARB), atau Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) atau dikenali sebagai ‘pejabat pusaka kecil’ atau Mahkamah Tinggi Malaya melihat kepada jenis dan nilai harta yang ditinggalkan oleh si mati. Pentadbir hanya bertanggungjawab untuk menguruskan harta pusaka si mati, dan tidak bermaksud semua harta pusaka si mati akan diberikan kepada Pentadbir.

2.  Bicara Perintah Pembahagian

Permohonan perintah pembahagian boleh dilakukan bersama permohonan kuasa mentadbir di pejabat pusaka kecil atau dibuat selepas Pentadbir memperoleh kuasa mentadbir dari mahkamah tinggi. Sebelum permohonan ini dibuat, ahli waris serta pihak yang berkepentingan perlu berbincang dan bersetuju mengenai pembahagian yang bakal dibuat iaitu sama ada secara faraid atau persetujuan bersama. Kata sepakat haruslah dicapai oleh semua pihak yang terlibat untuk mengelakkan sebarang persengkataan daripada berlaku di kemudian hari. Melalui perintah pembahagian, pihak-pihak yang menerima bahagian sesuatu harta akan menjadi pemilik harta yang sah disisi undang-undang.

3. Pembahagian Faraid

Pembahagian ini akan berlaku apabila semua ahli waris dan pihak berkepentingan bersetuju bahawa harta pusaka peninggalan si mati akan dibahagikan mengikut faraid, jika si mati adalah seorang Muslim. Setiap ahli waris dan pihak berkepentingan akan memperoleh bahagian masing-masing mengikut nilai dan pecahan yang berbeza mengikut kiraan yang telah ditetapkan oleh undang-undang Islam di Malaysia.

4. Pembahagian Muafakat

Pembahagian seperti ini boleh dilakukan apabila semua ahli waris dan pihak berkepentingan bersetuju bahawa harta pusaka peninggalan si mati akan dibahagikan secara muafakat atau persetujuan bersama tanpa mengikut kiraan faraid dalam undang-undang Islam. Semua pihak yang terlibat perlu reda dengan cara pembahagian yang dipilih untuk mengelakkan sebarang sengketa daripada berlaku pada masa akan datang.

5. Melepaskan Hak

Perlepasan hak berlaku apabila terdapat ahli waris atau pihak berkepentingan yang menarik diri daripada menerima bahagian harta pusaka si mati sama ada sebahagian atau kesemuanya dengan memberikan bahagian tersebut kepada ahli waris yang lain sama ada dengan balasan atau tanpa balasan. Pembahagian ini juga dikenali sebagai ‘takharuj’ dan diiktiraf dalam undang-undang Islam kerana ia adalah sebahagian daripada kaedah faraid.

6.  Tebus Bahagian

Tebus bahagian dalam pembahagian harta pusaka berlaku apabila terdapat ahli waris yang berhasrat membeli semula bahagian yang telah diberikan kepada ahli waris yang lain dalam pembahagian awal. Ahli waris yang ingin menebus bahagian tersebut perlu membayar harga yang setimpal berdasarkan nilai sebenar harta pusaka tersebut. Prosedur untuk tebus bahagian dalam pembahagian harta pusaka perlu dipatuhi mengikut undang-undang harta pusaka di Malaysia dan juga terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi seperti tidak boleh merosakkan pembahagian harta pusaka yang sedia ada.

Soalan Lazim:

Bagaimana yuran guaman yang akan dikenakan bagi perkhidmatan yang dinyatakan di atas?

Yuran guaman dan kos pengurusan yang dikenakan keatas pelanggan adalah seperti yang dinyatakan di pautan ini:
>> https://halem.com.my/yuran/
Tentang H&CO.


Tetuan Halem & Co. (H&Co.) ialah sebuah firma guaman yang telah bertapak lama di Shah Alam, Selangor serta memiliki pengalaman hampir 20 tahun dalam amalan guaman. Dengan barisan peguam berpengalaman serta kakitangan terlatih, H&Co. sentiasa menekankan kualiti kerja dan amalan berintegriti dalam perkhidmatan kami kepada masyarakat.

Amalan Guaman


1. Pengurusan Harta Pusaka.
2. Perancangan Perwarisan.
3. Jualbeli Hartanah.
4. Hakmilikan Harta.
5. Saman Sivil.
6. Perbicaraan Jenayah.
7. Perjanjian Perniagaan.

Hubungi Kami


No. 25-2F (Tingkat 2),
Jalan setia Perdana BC
Setia Alam, 40170 Shah Alam
Selangor, Malaysia.

Pejabat: +6 03-588 00 488
Hotline: +6 012-202 6656
Emel: admin@halem.com.my/
Website: https://halem.com.my/

Laman Ini


Privacy Policy
Term of Usage
Disclaimer

Hakcipta Terpelihara © 2023-2024 | Halem & Co.
×
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram